Tuesday, 31 December 2013

Kisah 2013

banyak cerita suka duka berlaku sepanjang tahun. mana yang baik jadikan tauladan, yang buruk jadikan sempadan. 

1. Tahun baru 2013 disambut dengan menghadap laptop ini dengan tiada perasaan untuk terlompat-lompat di Dataran mahupun di laman rumah.

2. 25 Februari 2013 menyaksikan bagaimana aku ditinggalkan oleh beliau selepas 7 bulan bersatu meletops. ops. over disitu

3. Memulakan semester baru yakni semester 5 dengan housemate baru, dan separuh daripadanya belum pernah berkenalan. 

4. Mula berkenalan rapat dengan salah seorang senior sekolah yang mana kisahnya ada aku abadikan dalam blog buruk ini.

5. Pertama kali overnite. *haha yang ni pun nak cerita ke*

6. Tahun yang mana aku bersemangat nak kurus tapi..entahlah..kuruskah aku? cekidaud!





















7. mula terjebak dengan cinta kampus. siapa makhluk itu biarlah dirahsiakan. bahaha! =.=

8. Pertama kali berpuasa di Puncak Perdana. pengalaman puasa paling manis. glad to know that will be having fasting moment again at Puncak next year. 

9. Menyambung tugas sebagai pelajar tahun akhir

10. mula terasa sedih kerana ini merupakan tahun terakhir di puncak, tahun terakhir bergelar student, semester terakhir bersama kawan-kawan.

11. Menerima anak saudara baru , welcome to the family Nur Alesya Umairah ;)

12. Having my MPG.

13. and yeah, menghabiskan sisa-sisa terakhir di Puncak. 



pejam celik pejam celik sudah tiga tahun aku disini. banyak benda aku pelajari sama ada dalam mahupun luar kelas. hopefully 2014 menjanjikan sesuatu yang manis buat aku dan semua :')

Tuesday, 24 December 2013

Malam Pra-Graduasi

selalu dok tengok senior pergi, last-last sendiri pergi. haha. sedar tak sedar dah tiga tahun kat UiTM. dan bakal meninggalkan Puncak Perdana tak lama lagi. sedihnya. dah jadi rumah kedua kot. huuuu

20 Disember yang lalu berlangsunglah our night, bertempat di SACC Mall. pergh memang port wajib kitorang je kalau nak keluar. sebelah tu kan PKNS, belakang pulak Plaza Alam Sentral. haha. so memang lagi-lagi terasa nostalgik. 

ok la, layan la gambar-gambar yang ada. jenuh aku posing malam tu, rupa-rupanya camera orang lain -.-







Baju simple je. actually ini baju raya tapi sengaja tak pakai-pakai sebab nak pakai untuk MPG okbye -.- 








gambar dirakam sejurus selepas habis majlis. alang-alang masuk toilet kosong :p 








sebelah kanan tu classmate, yang sebelah kiri tu tumpang sekaki haha 








one of my favourite lecturer. sporting, best, friendly dengan student. mengajar aku masa sem 1 & sem 5. En. Yusof.  








orang lain dapat sekuntum, aku dapat dua kuntum bunga. haha ! 








my lovely and gorgeous classmate.
 




lepas ni masing-masing akan bawa haluan. susah nak jumpa lagi. sekejap betul masa berlalu. dua tahun bersama akhirnya kita akan terpisah. sayu je bila fikirkan balik. insyaAllah ada rezeki kita jumpa lagi. untuk saki baki masa yang masih bersisa ni meh la kita kerap-kerap tengok muka, lepas ni tak tengok dah. nak-nak aku la. sebab balik Taiping. huuuu :(

Thursday, 19 December 2013

Kawan Saya Kahwin Lagi !

muehehe. sangat berhabuk blog ni. dah lama tak update. tak ada berita menarik nak dikongsi walaupun hakikatnya boleh dikatakan dekat sebakul dua jugak la kalau nak digosip-gosip bahaha. ok tak lawak.

14 Disember 2013 tarikh yang ditunggu-tunggu sebab masing-masing dah tahu one of our classmate akan menamatkan zaman bujang beliau. kad dah diterima. tapi tak dapat tengok sebab beliau pos kat rumah. so mak jela yang tengok kikiki. takpe, beliau dah menjemput dari hari bertunang sampai la hari kenduri *propa disitu*

kami saling mengenali semenjak dari tingkatan 1 sampailah ke tingkatan 5. ya, kami sekelas tak pernah terpisah. memang sepanjang 4 tahun persekolahan hari-hari menghadap muka masing-masing kecuali tak datang sekolah. haha. nak dikata tak rapat itu sangat tipu ok. dari tingkatan 1 semua kebanyakan aktiviti dilakukan secara bersama-sama dan sukarela. rehat sama-sama, belajar sama-sama, usha senior sama-sama, gelak sama-sama, nangis jarang kitorang ni. tapi kalau salah sorang sedih yang lain-lain berebut-rebut hulur bahu haha. boleh macam tu?

tapi lepas sekolah masing-masing bawa haluan sendiri. last jumpa tiga tahun lepas sebab hantar one of our bestfriend pergi kem...



*actually semalam aku baru perasan, aku dah jejak kaki kat KPTM Bangi masa Jun 2013. meaning that, 'dia' pun ada kat situ as a semester one student during that time*



itu sesi monolog jap ek hahaha. ok ok. lepas tu, tak pernah jumpa beliau pun, hanya facebook jadi perantara kami-kami nak bergosip *dah tak jumpa bertahun pun boleh lagi nak bergosip kan? haha!*

tahun lepas beliau bertunang. tapi saya tak dapat hadirkan diri ada final test pada hari yang sama. so, kenduri wajiblah hadir. rasa macam tak percaya kawan yang sama selekeh zaman sekolah jadi pengantin depan mata. hehe. 

jom la layan gambar-gambar. tak banyak pun, tapi jadilah buat kenang-kenangan...










ini sebahagian daripada geng-geng kat library. they are my world on that time. hehe :')



me with the queen for the day





rasa macam tak percaya pulak kau dah kawen tiqah -.- bahaha!!




aku ingat lagi kita berangan nak kahwin kat padang sekolah. sapa sangka dah 6 tahun berlalu. hehe 








bila dah jumpa macam-macam cerita ada hehe





selamat pengantin baru Puan Nur Atiqah binti Abd Latif. :)