Sunday, 10 June 2012

Stay Strong!!!!

Kesian muka saya yang comel dah kena block-block dengan sticky notes  -..-

nak tengok ada ape kat sticky notes yang besar tu? meh sini kita kasi close up ye awak


Boleh dikatakan inilah menu saya untuk dua minggu yang terakhir ni. Sangat tak sedap!

So, what about you? saya berserah kepada Ilahi. Dia tahu apa yang terbaik untuk saya. *ayat kemain lagi*. Lagipun memang keadaannya begini bila dah hujung sem. Nak tak nak, kami kena redah dan tempuh juga.

Tak banyak yang boleh cakap melainkan motivate diri sendiri untuk terus ke depan. uhuhu. Tapi sebenarnya saya masih takut-takut lagi walaupun dah berada di sem 3 dan hampir ke penghujungnya.

Takut apa? saya ada mention sebelum ni. Saya takut saya tak mampu nak jadi macam yang lain-lain. Saya sedar, saya paling lemah dalam ramai-ramai. Saya sangat rendah diri. Saya tahu tak baik terlalu rendah diri, Allah SWT marah. Tapi itu yang saya rasa sekarang. Hurm

Saya harap sangat saya mampu tempuh dua minggu ni dengan tenang dan lancar. Biarpun hati memberontak tak sudi, tapi perjuangan harus diteruskan. Tak gitu En. Assignment? 



mak, ayah. doakan kakak. kakak takut ni. :/






Hidup tidak selalunya indah
Langit tak selalu cerah
Suram malam tak berbintang
Itulah lukisan alam
Begitulah aturan Tuhan

Jadilah rumput nan lemah lembut
tak luruh dipukul ribut
Bagai karang didasar lautan
Tak terusik dilanda badai

Dalam sukar... hitunglah kesyukuranmu
Dalam senang... awasi kealpaanmu
Setitis derita melanda
Segunung KurniaanNya

Usah mengharapkan kesenangan
Dalam perjuangan perlu pengorbanan
Usah dendam berpanjangan
Maafkan kesalahan insan

Dalam diam... taburkanlah baktimu
Dalam tenang... buangkanlah amarahmu
Suburkanlah sifat sabar
Dalam jiwamu itu
Di dalam jiwamu itu



Saya tak nafikan, saya masih rindukan dia. Saya rindu sangat kat dia. Takpela. Bukan rezeki saya. Saya harap dia bahagia . Biarlah orang cakap saya bodoh, saya tetap doakan yang terbaik untuk awak. Jangan rasa serba salah, saya tak paksa awak. Memandangkan kita dah lost contact, saya yakin yang awak tak de fikir apa-apa lagi pasal saya. Terima Kasih sebab pernah buat saya bahagia, jaga saya elok-elok, terima kasih ye wak!! 

p/s:Baru lepas cakap dengan mak, kan dah cakap, mak bising sebab tak pergi klinik..kui kui kui



4 comments:

  1. Yang lepas tu lepas
    JAgan de kenang
    LAgu p ramlee pon dah dengar
    Barang yang lepas jagan di kenang
    Kalu di kenang meranalah diri
    See ur future,,,dont turn back

    ReplyDelete
  2. so sory...
    lupa nak bagitau....
    im Boboiboy...
    hihi...di jari manis ada cincin...
    sapa kah punya...

    ReplyDelete
  3. Are u still luv me?

    ReplyDelete

Sila Beri Sepatah Dua Kata