Tuesday, 28 February 2012

Huru-Hara Demi Masa Depan

hari ni merupakan hari paling stress bagi semua pelajar UiTM seluruh Malaysia tak kira mana ceruk kami berada. Hal ini disebabkan oleh sesi pendaftaran subjek bagi pelajar kategori B yakni pelajar Ijazah dan yang sama waktu dengannya bermula. Maka, since siang tadi sampai la malam ni wall facebook berhias dengan puji-pujian, sumpah seranah, sungutan dan macam-macam emosi daripada kami-kami selaku si pendaftar terpilih. muahahahaa.. ok tak kelakar. Abaikan.

Aku sebagai salah seorang pendaftar, terkocoh-kocoh bangun pukul TETTTTTT!!! (rahsia ;p) and terus menghadap laptop. Macam yang aku dah jangka, baru klik nak login, dia punya loading gua cakap sama lu.. Ko pergi mandi, berangan dalam jamban, cuci-cuci jamban, pergi makan pagi, golek-golek tengok tv..pastu pergi tengok balik laptop korang. SERVICE UNAVAILABLE! ERROR 500! dan bermacam-macam parasit yang muncul. Fuh! dari pukul TETTTTTTT!!! sampai la pukul 4 petang, aku berjaya daftar SATU subjek je. Diulangi, SATU je!

Tapi..disebabkan aku merasakan sabar itu bagus, so aku pun sabar la. Akhirnya aku berjaya daftar tiga subjek. Paling penting, aku dah berjaya daftar subjek bahasa ketiga aku, yakni bahasa mandarin. Pergh, ber'cong ciang' la aku sem depan ye reader-reader dan stalker-stalker. Apa, kau terasa aku panggil stalker? nak buat macam mana, sah-sah kau stalker aku kan. *cakap sorang-sorang pulak dah =.=
Kenapa pilih mandarin? urm. Aku pun tak pasti. Tapi yang aku agak pasti, mandarin ni ada market sikit. And maybe terpengaruh kot dengan generasi terdahulu yang meng'convince'kan aku ambik mandarin ni. Ada orang cakap, mandarin susah. Erm, semua benda pun susah kan...kan...err..betul kan.. *think positive wani. that's it.

Tapi tadi masa borak-borak dengan Fezul Fadhley, aku terpikir sesuatu. Boleh ke aku nak belajar bahasa lain ni? selama ni belajar dari tadika guna Bahasa Melayu pun terhegeh-hegeh, inikan pulak nak belajar bahasa yang sememangnya aku tak paham sepatah haram pun? hurm. memang, di mana ada kemahuan, di situ ada jalan. Kata kuncinya sekarang ni ; Berusaha! yeah! aku akan berusaha lagi baik sem ni! *sambil ikat tuala good morning kat kepala :P

Sem depan aku rasa konfem hectic dan busy. And ada seperkara lagi yang tak best, ada kelas hari jumaat la. urm. Tak best!






                                                                             






UiTM Di Hatiku :D

3 comments:

  1. xbaik kutok tau! smua budak system punya keja la ni.. ups.. lariii...

    ReplyDelete
  2. jadilah macam saya. daftar subjek awal2..ekeke

    here i got some tips for you. maybe it can help your problem Cara Melajukan Broadband Anda

    ReplyDelete
  3. fezul - aku takde kaitan. hehe

    khairul - hehe siap bg tips lagi.. thanks! ^^v

    ReplyDelete

Sila Beri Sepatah Dua Kata