Assalamualaikum,
Setelah sekian lama labah-labah dan sekutunya mendiami blog ni, hari ni tuan tanah datang nak bagi tutorial kejap. Tutorial sebelumnya boleh rujuk sini. Sorry la bukan tak berminat nak blogging, tapi otak tepu tak ada idea. Mungkin sebab tak minum Dugro tu yang otak lambat nak proses, nak menaip ayat pun macam tak best. Kurang membaca barangkali sementelah blog kesayangan hamba hilang dari alam siber hahaha..
As promised, hari ni nak bagi sikit tutorial simple, dan rasanya ramai dah tahu. Sebetulanya, aku nak tukarkan semua font termasuklah yang kita taip kat URL space kat atas, tapi tak dapat lagi tutorial yang tu. So aku share yang ni dulu la, daripada biarkan blog bersawang baik aku update apa yang patut kan..mana la tau kot kaching kaching masuk ke..zzzzzzzzzz
Have a sit, and read this tutorial with a nice warm tea cicah with biskut mayat~!
Step pertama, korang kena buat ini ;
Right Click, lepastu pilih "Personalize"
Ok, lepas korang dah pilih "Personalize", pergi kat "Window Color" dan klik situ
Lepas dah klik "Window Color", klik "Advanced Appearance Setting".
Kemudian akan keluar satu tab kecik macam dalam gambar;
Bahagian "Item" korang pilih "Icon" dan secara automatiknya bahagian bawah juga akan bertukar jadi pilihan font.
Korang pilih la nak font apa, size berapa, nak bold ke tak, Italic ke tak. Lepastu click "Apply". Ini bertujuan untuk korang preview dulu font tu cantik ke atau mudah dibaca ke tak bila digunakan nanti.
OK, bila click "apply" skrin akan jadi It's Black, it's white yeah yeah yeah~~!! ahaha nyanyi kejap lagu MJ. Jangan menggelabah pulak, memang macamni. Kang tak pepasal korang sumpah kata aku rosakkan laptop korang. Tak lama pun,lepastu skrin akan berwarna balik dan font akan bertukar. Kalau rasa nak tukar font lagi, pilih je font lain, klik "Apply" dan tengok result. Dah puas hati klik "Ok".
Ini cuma simple tutorial jela. Lebih-lebih aku pun bukan pakar sangat. Oh ye, kalau korang tau macam mana nak tukarkan sekali font URL dengan New Tab tu share-share la ye. Terima kasih membaca. Aiyark skemanya ayat =.=