mood untuk menggayang assignment : negatif
sangat pemalas di semester terakhir dan waktu-waktu akhir ini. Hati dah mula sedih bila mengenang-mengenang yang saya akan tinggalkan tempat ni lima minggu dari sekarang. terlalu banyak kenangan. terlalu. dari seorang yang hidup bawah ketiak mak ayah selama duapuluhsatu tahun. sehinggalah menjadi seorang yang berhati batu meredah jalan seorang diri dalam tempoh dua tahun. hurmm
dahulu saya seorang lone ranger tegar. saya berkawan dengan semua orang. saya bertegur sapa dengan semua orang. saya ketawa dengan semua orang.
keadaan mula berubah bila saya mula dipertemukan dengan mereka yang bersatu hati. semua dilakukan bersama. dari sebesar perkara sehingga sekecil hal. semua bersama-sama. dan saya memasuki zon selesa bercampur gembira. sangat gembira berbunga-bunga pabila ada yang mengisi kekosongan hati walaupun diangkut sekali sampah sarap bersama. haish dasar kurang asam.
keadaan sangat selesa sehingga saya terlupa saya pernah berhati batu suatu ketika. saya terlupa bagaimana letih jerih saya menguatkan diri. tak mengapa. perkara dah lepas kata hati kecil saya. saya nak menikmati hidup.
berita buruk. saya harus berpisah. hati mula sedih. saya tahu selepas ni no more bersama-sama. saya akan hidup dengan orang baru. lain padang lain belalang. saya tak salahkan sesiapa. juga tidak menyalahkan diri sendiri. hidup tak boleh sentiasa berasa senang. itu salah. hidup kena ada macam-macam rasa. kalau tidak, tak wujud perkataan "pengalaman"
slowly, saya mula kembali ke asal. redha dengan ketentuan Ilahi. biarpun musuh anak Adam sering berbisik jahat, saya mohon Allah SWT kuatkan iman saya. Saya tahu saya kuat. :D
bak kata Bob Marley, no women no cry. haha