Showing posts with label jeruk mangga. Show all posts
Showing posts with label jeruk mangga. Show all posts

Wednesday, 28 January 2015

Makanan Yang Menjadi Trend




Assalamualaikum,


Zaman henset sapu-sapu ni, bukan je fesyen jadi trend, makanan pun turut sama menyelit. Akan ada satu masa orang gila makan satu jenis makanan ni, lepas tu dengan sendirinya fenomena tu akan surut. Dan masa tu juga akan ada 'chef' yang selama ni masak pun sebulan sekali, tiba-tiba jadi pakar masakan dan ada juga yang ambil kesempatan buat bisnes. Huhuiii masa tu lah berebut-rebut orang promosi hasil produk masing-masing kat group bisnes kat facebook, kat instagram, kat blog, yang selama ni meniaga jual tudung kat pasar malam boleh pulak terselit 5-6 bekas makanan kat tepi (ini contoh je ek) dan sebagainya. Bagus sebenarnya, bila satu-satu benda tu meletus, secara tak langsung menyumbang juga kepada pertambahan ekonomi rumahtangga pihak-pihak terlibat.



Tak mau la cakap banyak, aku senaraikan antara makanan yang pernah jadi hits suatu ketika dan kini. Wakakak macam lagu la pulak. Setakat ni aku paling ingat 3 ni la, yang lain-lain kalau korang ingat cuba add up sendiri mihmihmih







1. DURIAN CREPE




Gambar ihsan google



Aku ingat lagi durian crepe ni trending masa aku sem 4 dulu. Time tu berpusu-pusu iklan promot durian crepe kat wall group kolej. Dan aku selaku manusia yang agak kaya ketika itu merasakan bahawasanya aku juga harus mencuba satu miahahaha. Aku dengan gigihnya order satu set kat sorang hamba Allah ni. Actually dia tolong promosi untuk kawan ke kakak dia tah, aku pun dah lupa. Order harini esok dapat, hah kau nak tunggu apa lagi. Aku pun dengan semangat berkobar-kobar pergi kat gazebo ambil order aku. Hurm, first impression masa tu was like 'pesal kecik sangat' hakhak. Aku bayangkan crepe yang aku dapat tu besar bagak macam dalam gambar. Rupanya orang tu buat kecik-kecik comel je. Haha, i is redha ok sambil dalam hati cakap padan muka berlagak nak makan macam-macam.  



Tapi orang kampung aku selalu pesan. don't judge the book by it's cover. Walaupun saiz kecik, tapi rasa memang umph! kulit nipis, krim putih tu banyak, and yang paling penting, isi durian dia lemak manis sangat. Aku syak diorang ni ada dusun durian sendiri kot sebab tu durian dia sedap haha. Disebabkan kecik, nak makan pun sayang. Dah la kecik, comel lepastu kan crepe dia kemas sangat. Thumbs up untuk Hamba Allah tu, barulah betul meniaga kena bagi customer kagum dengan rasa, kebersihan dan kekemasan pembuatan produk walaupun aku agak tak berpuas hati dengan saiz crepe tu yang kecik cenonot.  



Lepas aku order, budak rumah pulak order, tapi kali ni diorang order kat orang lain. Budak tu study kat MSU.  Hoho. Masa ni aku tak order, sisa-sisa frust hari tu tak hilang lagi. Lagipun dah tahu rasa macam mana, so malas la nak beli lagi. Tapi kali ni nasib housemate aku kurang baik, crepe diorang kurang sedap. So aku menang haha, tapi still kalah dari segi saiz sebab yang diorang beli kali ni saiznya besar bata tapi kurang enak. Tapi pujian harus diberikan kepada budak tu yang gigih buat duit lepastu hantar order naik bus redah ceruk hutan belantara semata-mata buat Durian Crepe Delivery.



Tak serik lagi, kali ni kitorang try pulak crepe lain. Oreo Crepe pulak dahhhh. Yang ni hasil hasutan rekemen dari housemate aku. Sedap jugak, memandangkan aku memang peminat coklat so aku suka Oreo Crepe ni. Dan itulah kali terakhir aku makan crepe crepe ni sebab lepas tu aku dah malas nak makan dan sampai ke saat ni, aku tak nampak dah crepe crepe lagi. Bye crepe, anda telah mewarnai 2012 dengan kehadiran anda.



Masa konvo haritu, kitorang stay kat rumah mak lang. Masa kat dapur tengah tolong masak, mak lang tunjuk la pan yang digunakan untuk buat crepe tu. Masa tu aku rasa macam Mak Lang aku ala-ala Inspektor Gadget. Kau cakap jela acuan apa, alatan masak yang mana, sebut je, semua ada. Memang ada tokoh nak bukak kedai makan aku tengok heheh. Ok pasal pan tadi, nak buat crepe tu kena pakai non stick pan, aku rasa time tu non stick pan mesti laku gila kan. Yang selama ni cakap alah kuali biasa pun boleh je masak tup tup dia pun berpusu-pusu sama beli kuali yang anti lekat lekit tu. Nampak tak kerana sejenis makanan ni, barangan lain pun laku sama? huhuuuu








2. NUTTY CRUNCH





Gambar Ihsan Facebook

Yang ni pun satu lagi fenomena. Tapi aku tak pernah rasa, sebenarnya pernah rasa tapi versi tak jadi. haha. Kan aku cakap tadi mak lang aku ala-ala Inspektor Gadget? Lepas kitorang siap masak hidangan tengahari, mak lang bawak keluar tepung khas (Tepung Florentine) untuk buat Nutty Crunch ni. Aku pun cakap, ooo ni yang orang dok bubuh kat fb yang rangup-rangup yang kilat-kilat yang nipis-nipis. So alang-alang dah bawak keluar maka kami bertiga pun mulalah buat benda ni. Tak susah pun, semua kekacang campur sekali dengan tepung tanpa air sebab dalam tepung tu dah ada gula, nanti bila bakar dia melekit sendiri. Malangnya, Nutty Crunch kami tak menjadi atas beberapa faktor seperti tak mandi masa buat  berkemungkinan besar tepung tu dah lama tak digunakan. Nutty Crunch tu melekat atas kertas, kalau nak makan kena kikis guna gigi zzzzz. Agak kempunan disitu, tak ngape lah, tak dapat rasa pun takpe, janji dapat tengok dan sentuh pun jadilah kahkahkah :p








3. JERUK MANGGA ASAM BOI





Gambar ihsan Google


Masa tengok orang jual ni aku fikir negatip kejap; jeruk je pun, ada ke nak beli online? ternyata sangkaan aku meleset terselet sebab tak sangka yang ini pun akan jadi fenomena. Lepas tu aku tengok sorang demi sorang buat sendiri. Dalam sehari adalah dalam 4-5 orang post diorang buat benda ni. Kejap Peah upload, mengidam katanya. Lepastu Hashimah pulak buat sebalang tak cukup anak-anak suka. Lepastu Zizah cakap tak sempat nak peram cik abam sayang dah sambar, berselera tengok suami makan dan berbagai-bagai lagi la testimoni yang aku baca. Kebetulan masa ni ayah hari-hari bawak balik mempelam epal, aku try la buat satu tupperware kecik. Kalau ikutkan kena buat guna mangga, tapi rumah aku cuma ada mangga kunci pintu je, kalau gigi besi takpe juga, ini gigi yang ada pun dah kekurangan kalsium. So aku cuba buat guna mempelam epal tu.  Sebagai seorang yang tidak begitu meminati asam jeruk, aku tak rasa makanan yang ni tempting. Sebab kombinasi rasa masam manis pedas tu kurang menaikkan ghairah aku untuk buat lagi bendalah ni. Hehe. So, aku tak kisah kalau korang tayang-tayang depan mata aku. Aku tak heran~~~~~







4. AISKRIM PASU





Gambar Ihsan Google


Yang ni memang tengah in sekarang. Aku first time baca eskem ni asalnya kat Jonker Street kat Melaka nun. Sekarang dah membiak merata-rata termasuklah kat tempat aku ni. Aku takdela beria nak makan, sebab aku berani kerat jari yang rasa dia macam eskem kan kan kan ekekekekekk, nantilahh ada masa aku cuba sepasu. Jadilah buat modal tangkap gambar masuk instagram. Muekekeke!!



Ada lagi tak yang aku terlepas pandang? 






Dikarang Dalam Keadaan Kenyang (burpp alhamdulillah)